![]() |
![]() |
![]() |
|||||
![]() |
![]() |
![]() |
|||||
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||
Sejarah | |||||||
PENGASAS Pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ialah Dato' Meor Abd Rahman bin Daeng Uda Hashim. Beliau mula belajar silat sejak berumur 12 tahun daripada datuknya, Syed Zainal. Pada zaman remaja, beliau menghabiskan banyak waktu dengan mengembara terutamanya di kawasan sempadan siam. Pada masa umur 19 tahun, beliau telah diberi gelaran ' Panglima Sendo Perak ' selepas membuat persembahan silat di hadapan Sultan Perak. Beliau tinggal di istana sultan buat sementara waktu sebagai anak angkat sultan. Selepas kemangkatan sultan perak pada tahun 1938, beliau pergi ke Singapura untuk mencari kerja. Di sana, beliau bekerja sebagai guru kombat kepada askar British. Pada tahun 1942, Jepun menyerang Malaya dan berjaya menawan singapura. Beliau dan keluarganye berpindah ke sebuah pulau iaitu Pulau Sudong. Beliau mula mengajar Silat Seni Gayong kepada 7 orang murid tempatan Pulau sudong. Waktu itu, Perang dunia kedua sudah tercetus. Selepas tamat perang dunia kedua, Dato' Meor pulang ke Singapura dan beliau telah dianugerahkan Medal King George VI daripada permaisuri Biritish kerana jasanya semasa perang. Dari situ, silat gayong telah berkembang luas ke seluruh Semenanjung Malaysia pada 1948 dan terdapat lebih kurang 100000 murid yang separuh daripadanya ialah di Indonesia. Pada tahun 1959,beliau telah berjumpa dengan Dato' Onn Jaafar. Dato' Onn telah diambil sebagai murid Silat Gayong dan beliau bersama-sama dengan Dato' Meor telah menubuhkan PSSGM -satu pertubuhan yang menjalankan aktiviti-aktiviti silat gayong yang diketuai oleh Meor Abdul Rahman dan abangnya Meor Abd Aziz. Bagi mengenangkan jasa beliau kepada rakyat,beliau telah dianugerahkan pingat DPCM oleh Sultan Perak pada tahun 1971 yg memberikannya beliau gelaran Dato'. Beliau telah dikenali oleh pakar-pakar ilmu persilatan dunia dalam pengajaran ilmu silat ini. Murid-murid beliau antaranya ialah Tun Razak (Perdana Menteri kedua) Tun Hussein Onn (Perdana Menteri ketiga dan Master Sabree Salleh ( 8th degree ITF). Dato' Meor telah meninggal dunia pada tahun 1991 namun semangat persilatannya masih segar di dalam setiap muridnya. Latar belakang Silat Seni Gayong " Majalah Black Belt , Vol.XII, No. 4, keluaran April 1974 ada menyebutkan tentang silat yang dikatakan berasal daripada Minangkabau. Ia diperkenalkan ke istana Melaka dalam kurun ke-15. Di kala itu silat hanya dipelajari oleh kerabat Di Raja dan pendekar-pendekar sultan sahaja. Bagaimanapun, ia akhirnya merebak ke kawasan pedalaman apabila rakyat biasa menerimanya sebagai sesuatu yang patut dipelajari dan dipraktikkan. Ianya mencapai kemuncak ketika kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. “ Majalah Black Belt , Vol.XII, No. 4, keluaran April 1974 ada menyebutkan tentang silat yang dikatakan berasal daripada Minangkabau. Ia diperkenalkan ke istana Melaka dalam kurun ke-15. Di kala itu silat hanya dipelajari oleh kerabat Di Raja dan pendekar-pendekar sultan sahaja. Bagaimanapun, ia akhirnya merebak ke kawasan pedalaman apabila rakyat biasa menerimanya sebagai sesuatu yang patut dipelajari dan dipraktikkan. Ianya mencapai kemuncak ketika kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Apabila kerajaan Melayu Melaka musnah diserang Feringgi dalam tahun 1511, hulubalang-hulubalang Melaka terpaksa menerima hakikat bahawa kekuatan meriam dan senapang pihak lawan tidak dapat ditentang begitu sahaja dengan ilmu silat, lembing dan keris. Namun, mereka tidak berputus asa. Walaupun terpaksa berundur ke hutan, mereka mampu menyusun satu barisan penggempur (yang boleh disamakan dengan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu berimau-rimau, berimba-rimba, bergayong. Berimau-rimau, berimba-rimba maknanya bergerak seperti harimau dalam hutan. Manakala bergayong maksudnya besilat menggunakan kayu, tongkat, semambu atau apa sahaja bahan yang boleh ditemui di dalam rimba. Jadi nama asal Silat Seni Gayong ada kaitannya dengan asal nama Silat Sendi Harimau. Kuasa penjajah di Tanah Melayu terus bertukar ganti hinggalah berpindah ke tangan Inggeris. Kuasa penjajah ini ditentang habis-habisan oleh pahlawan Melayu seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan juga oleh Engku Syed Zainal Abidin Al-Attas. Mereka ini mewarisi semangat dan ilmu persilatan yang ditinggalkan oleh datuk nenek mereka masa lalu.Akibat dari tindakan dan tekanan penjajah, maka ada di antara mereka yang gugur dan ada juga yang terpaksa menyembunyikan diri jauh ke pedalaman.Begitulah juga halnya dengan pelajaran Silat Seni Gayong. Ia juga turut hanyut jauh ke pedalaman. Kebanyakan guru silat seni gayong akhirnya terus menetap di daerah pedalaman yang dilingkungi budaya hidup bertani. Di sini ilmu persilatan itu diturunkan kepada murid-murid yang pada asasnya memakan masa selama tiga bulan. Anak-anak muda kampung akan belajar dengan seseorang guru silat untuk jangkamasa enam bulan atau hingga setahun, namun demikian pelajaran yang diajar tidaklah begitu teratur. Tambahan pula ketika itu masyarakat menganggap seni silat cuma sebagai daya penghibur di majlis-majlis perkahwinan dan upacara beradu kekuatan di peringkat gelanggang kampung. Keadaan ini berterusan hinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua dalam tahun 1942. Jepun menakluki Tanah Melayu dengan agak mudah kerana kewibawaan tentera British di sini tidaklah sekuat mana. Percubaan pertama menjadikan Silat Seni Gayong sebagai ilmu mempertahankan diri yang harus dituntut dengan sesungguhnya oleh orang ramai bermula di Pulau Sudung, Singapura pada 17.2.1942, ketika keganasan tentera Jepun sudah amat sukar dibendung. Orang yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah Dato’ Meor Abd. Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim. Namun demikian, punca ilmu Silat Seni Gayong itu dikembangkan, sebenarnya bukanlah di Pulau sudung tetapi bermula sejak lama di Taipng, Perak. Dato’ Meor membawa ilmunya itu ke Singapura apabila beliau bekerja di sana. Jadi peristiwa bersejarah di Pulau sudung itu adalah merupakan rentetan dari peristiwa di Perak. Peristiwa di Pulau sudung bolehlah dianggap sebagai satu faktor pencetus kepada pembelajaran ilmu silat seni Gayong berdasarkan perlembagaan dan sukata pelajaran (hal inilah yang diuruskan oleh Dato’ Onn kemudian) sedangkan sebelum itu ilmu silat ini telah pun berkembang di Perak berlandaskan semata-mata kepada adat istiadat Gayong. Mengikut sejarahnya ketika Dato’ Meor belajar Silat Seni Gayong ini dari datuknya, Engku Syed Zainal Abidin Al-Attas, beliau belajar bersama-sama sekumpulan rakan sekampungnya. Tidaklah diketahui apa yang sebenarnya terjadi sama ada rakan-rakannya itu aktif mengembangkan silat ini atau tidak. Namun yang nyata dan gigih mengasas dan mengembangkan seni silat ini ialah Dato’ Meor Abd. Rahman sendiri.” KATA-KATA HIKMAT: "Gayong bergayut,Gayong bersahut, Gayong tidak mencari mayat,tetapi mayat mencari Gayong!" | |||||||